ALOR SETAR, 14 Mei — Tinjauan mendapati orang ramai mematuhi garis panduan iaitu pemakaian pelitup muka dan megamalkan penjarakan sosial ketika berurusan di Kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mengelakkan penularan COVID-19.
Kaunter-kaunter JPJ akan beroperasi selama tujuh hari seminggu berkuatkuasa esok. Kaunter akan dibuka dari 8 pagi hingga 3 petang untuk hari Ahad hingga Khamis manakala Jumaat dan Sabtu pada 8 pagi hingga 1 tengah hari. Bertujuan membolehkan urus niaga tertunggak diselesaikan secepat mungkin selain daripada mengelakkan kesesakan pelanggan sedia ada.
Pembayaran secara e-payment di semua kaunter JPJ bertujuan menggalakkan pelanggan JPJ melaksanakan cashless dan menguruskan kutipan dengan lebih cekap dan selamat bagi memutuskan pandemik COVID-19.
–fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA