KUALA LUMPUR, 6 April — Posmen Alimi menunjukkan keputusan permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diluluskan ketika beratur di cawangan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) untuk mengeluarkan wang bagi membeli barangan keperluan ketika tinjauan pembayaran BPN yang diterima hari ini.
BPN mula diagihkan secara berperingkat bermula 6 April sehingga 15 April mengikut kategori penerima. Golongan B40 yang pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan kumpulan M40 yang mempunyai data cukai pendapatan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak perlu membuat pendaftaran bagi permohonan BPN.
Penerima BSH layak menerima BPN secara automatik manakala golongan M40 yang mempunyai data cukai pendapatan dengannya akan dinilai berdasarkan jumlah pendapatan dan kriteria lain yang sudah ditetapkan oleh kerajaan.
–fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA